Sunday, July 13, 2008

Minyak oh Minyak

Arh terkejut beruk saya apabila menerima berita kenaikan harga minyak yang telalu mendadak. Namun sebagai pengguna dan rakyat biasa apelah yang terdaya saya lakukan untuk menghalang kenaikan tersebut. Rakyat akan terus tersepit. Namun di sini saya kongsikan sedikit tip untuk jimat minyak :



1- Kurangkan perjalanan jauh

2- Tukar kepada NGV

3- Tukar gaya hidup

4- Tukar .....

Wednesday, January 2, 2008

Petua Kekayaan

Mengukur kekayaan bukanlah pada sebanyak mana yang diperolehi, tetapi ianya terletak pada sebanyak mana yang disimpan.

Justeru itu, saya ingin mengingatkan kepada diri sendiri dan semua pembaca, usah rasa gundah gulana atau risau sekiranya kita tidak mampu memiliki sesuatu yang orang lain miliki sekarang. Ini adalah kerana dengan mempunyai simpanan kita juga akan mampu memiliki 'harta' itu pada suatu masa kelak.

Apa yang perlu kita lakukan adalah dengan menyimpan sebanyak mana yang kita mampu pada setiap bulan. Sekiranya kita hanya mampu menyimpan RM 50.00 sebualan, maka simpanlah. Biar bermula dari kecil, kerana lama-lama duit kita akan membukit.

Saya akan terus memuatkan tips-tips bagaimana untuk menyimpan dan menguruskan perbelanjaan kita pada masa akan datang.

Jumpa Lagi....